Alhamdulilah,alhamdulilah.alhamdulilah, akhirnya saya berpeluang menulis entry yang baru,
Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis ilmu yang sangat menarik, masyallah, sangat banyak ilmu pengetahuan yang baru saya dapat,
contohnya,
Hablumminallah, Hablumminannas (hubungna baik dengan Allah, hubungan baik dengan manusia)
contohnya,
Hablumminallah, Hablumminannas (hubungna baik dengan Allah, hubungan baik dengan manusia)
kenapa kita disuruh untuk menjaga hubungan dengan Allah dan kemudian barulah hubungan dengan manusia? kenapa? kerana Allah adalah pencipta kita, allah yang mencipta seluruh alam dan makluk didalam nya, Allah yang meminjamkan manusia tubuh badan, suara, nikmat2 kekayaan, makanan semua nya allah yang cipta kan,
Malah sebelum kita dilahirkan, kita telah pun berjanji dengan allah, dan kita mengakui bahawa allah adalah Sang Pencipta kita, namun, kenapa kita masih liat/susah untuk bersujud kepada nya? kita telalu sibuk mengejar hal duniawi kadang2 sampai tahap dimana solat pon kita bole lupa,
malah lebih teruk lagi, kita sibuk mendengar akan hal2 yang tidak berkaitan dengan kita(sembang kosong), dan kita selalu membazirkan duit kita dengan benda2 yang tidak berfaedah,
kata cinta kepada Allah? mana bukti kasih dan cinta kita kepada Allah? Mana?
Maksud dalam solat pon kita tak bole hafal, tapi cakap nak sentiasa kemas(cakap besar) belagak dan sentiasa bangga diri, hey sedar la diri skit( kita semua sama ja dimata allah)
Yang membezakan seseorang adalah iman dan takwa seseorang.
Jangan lah kita merasa rendah diri kerana kita selalu gagal, kerana, Allah sentiasa ada untuk menolong kita, apa yang berlaku sentiasa ada hikmat disebaliknya,
Allah always be there for us, Allah adalah tempat terbaik untuk kita mengadu masalah kita,
ALLAH SENTIASA MENANTI KEPULANGAN HAMBA NYA YANG BERTAUBAT SETELAH MELAKUKAN DOSA. Masyallah betapa cintanya Allah kepada kita hambanya, sebab tu lah kita disuruh mencintai allah.
1. Jika kita mencintai allah, nescaya allah akan mencintai kita,
2. Jika allah mencintai kita, nescaya allah akan menyuruh para malaikat untuk mencintai kita,
3. Jika para malaikat mencintai kita, nescaya malaikat akan mendoakan kebahagiaan kita,
4.Jika allah mencintai kita, nescaya semua makluk ciptaanya akan turut mencintai kita.
5. Akhirnya manusia juga akan turunt mencintai kita, walaupun kita serba kekurangan,\
jagalah hubungan kita dengan allah sebaik mungkin, dan mari lah kita sama2 mencintai agama kerana allah.
Ya Allah ampunkanlah dosa2 hambamu (kami) kerana kami sentiasa lalai mengajar harta dunia sehinggakan kami lupa akan tugas kami dimuka bumi.
Mohon maaf kalau ada terkurang ada terlebih, yang baik hanya dari allah, dan yang tak baik itu memang dari diri saya sendiri
Mohon maaf kalau ada terkurang ada terlebih, yang baik hanya dari allah, dan yang tak baik itu memang dari diri saya sendiri
No comments:
Post a Comment